Assalamualaikum & salam sejahtera...
Genap sebulan tidak menulis di blog ini....sebenarnya banyak event dan ilmu yang hendak dikongsi bersama...tak sempat nak menulis dalam blog. Entahlah nak kata sibuk sangat pun tidak...banyak masa sebenarnya yang boleh dimanfaatkan cuma diri ini masih perlu diperbaiki dari semasa ke semasa...Kita sudah berada dalam 10 hari terakhir Ramadhan yang mana kelebihan dan kemuliaannya sudah diketahui oleh semua orang. Fasa ini merupakan fasa pembebasan api neraka Allah swt...tetapi pernahkah kita terfikir dalam hati sejauh manakah telah kita lakukan amalan sepanjang bulan yang mulia ini... masih ingat lagi sewaktu kecil2 ustaz selalu menyatakan bahawa untuk mendapatkan lailatul qadr itu bermula diawal ramadhan lagi perlu kita berusaha dan banyakkan amalan upaya kita termasuk dalam golongan orang2 yang mendapat rahmatNYA dan beroleh malam qadr yang diimpikan oleh semua orang mu'min...
Sekarang dicorong2 radio sudah berkumandang lagu2 hari raya yang menyemarakkan lagi semangat untuk menyambut Syawal, sehingga kekadang kita lupa akan pengakhiran Ramadhan ini...bulan yang amat2 dinantikan oleh para sahabat mulia sehingga ada dikalangan mereka berkata alangkah indahnya sekiranya ramadhan ini berlaku sepanjang tahun...begitulah kuatnya iman para sahabat r.a...tidak salah kita bersesak di pasaraya untuk membeli baju untuk keluarga sempena syawal nanti cuma janganlah membazir dan banyakkan membantu saudara kita yang kesusahan terutama d kalangan kaum keluarga kita sendiri yang saya rasa pasti ada dikalangan keluarga kita yang berada dalam kesempitan hidup tetapi mereka malu untuk meminta pertolongan daripada kita....mungkin dah kerap sangat berhutang dengan kita atau....tidak mengapa, apa yang penting kita ikhlas dalam pemberian kita...kerana Allah swt...
Marilah sama2 kita doakan agar kita diberi kesempatan untuk menemui Ramadhan yang akan datang....Semuga Allah swt tidak mematikan hati kita diwaktu hati2 orang lain mati...tetapkanlah iman kami padaMu Ya Allah..Tuhan Seluruh Alam
Salam Eidulfitri. Maaf Zahir & Batin..