Thursday, January 6, 2011

Serangan Jantung Tidak Kenal Usia


Macam biasa setiap pagi akan ada passover round dekat emergency departrment, pagi tu saya terlewat sikit... Cuma sempat menoleh dekat zon merah dari jauh, ada 2 pesakit, seorang muda & seorang lagi sudah berusia, tengok yang muda nampak ok je dia... lalu ada registrar datang jumpa saya mengatakan bahawa pesakit yang muda ni kena "MI"...terkejut saya dibuatnya."MI= myocardial infarction" serangan jantung yang biasanya berlaku pada pertengahan dan lewat usia, kalau tengok ECG nampak extensive anterior MI (antara risiko tinggi utk arrhytmias & mortality) , troponin T positif. Saya menghampiri pesakit dan bertanyakan umurnya,jawab beliau dengan tenang 21 tahun..MasyaAllah.. tak pernah sepanjang saya kerja ada kes MI berumur bawah 30 tahun, paling muda pun 31 tahun sewaktu bekerja di HKL.

Saya tanya mcmane boleh terjadi? katanya semalam dia bermain futsal sampai pukul 11 mlm. Lepas tu terus balik rumah. Dia tersedar daripada tidur jam 12.30 pagi dan menagdu sakit dada pada keluarganya. Tetapi masih tolerable..sehinggalah jam 4.00 pagi terasa sakit bertambah dan terus ke Kecemasan. Ditanya faktor risiko...semua tiada risiko kecuali smoking, 10 cigarrete per day sejak 3 tahun lalu. Bekerja sendiri.

Entahlah..terdetik dalam hati macam2...bahawa lemahnya kita sebagai manusia dan ada limitation tertentu yang perlu kita sedari. Justeru...berbekallah kita semua dengan bekalan masing2 dan sebaik2 bekalan ialah taqwa kepadaNYA. Allah swt memberi pilihan pada kita...maka gunalah akal sebaik mungkin untuk menilainya....