Teman…
Kalau dulu kita bersemangat waja…
Azamnya tinggi menggunung…
Ingin mencari ilmu menambah pengalaman..
Agar dapat mengenal Tuhan…
Teman…
Kalau dulu niatnya tulus…
Jiwanya kental hatinya mulus…
Merawat pesakit tanpa fikir soal fulus…
Agar menjadi hamba yang lurus…
Teman…
Kini hati terasa gersang…
Bertambah ilmu,bertambah kontang…
Bertambah tahun, bertambah jurang…
Adakah tiada keberkatan atau hilang panduan…
Teman…
Ilmu ini bukan milik kita…
Bukan juga milik sesiapa
Tapi ilmu milik Sang Pencipta
Ilmu bermanfaat kalau dapat mengenal TuhanNYA…
Teman…
Usah resah dengan viva & ujian…
Jawablah dengan ilmu yang matang…
Walau soalan tiada terhidang...
Lihatlah examiner yang handsome didepan…
Teman…
Resahlah pada ujian yang mendatang
Dengan soalan sudah terhidang…
Hanya amalan jadi bekalan…
Ibnu Fauzi 26 Rabiulakhir 1432H

Macam biasa setiap pagi akan ada passover round dekat emergency departrment, pagi tu saya terlewat sikit... Cuma sempat menoleh dekat zon merah dari jauh, ada 2 pesakit, seorang muda & seorang lagi sudah berusia, tengok yang muda nampak ok je dia... lalu ada registrar datang jumpa saya mengatakan bahawa pesakit yang muda ni kena "MI"...terkejut saya dibuatnya."MI= myocardial infarction" serangan jantung yang biasanya berlaku pada pertengahan dan lewat usia, kalau tengok ECG nampak extensive anterior MI (antara risiko tinggi utk arrhytmias & mortality) , troponin T positif. Saya menghampiri pesakit dan bertanyakan umurnya,jawab beliau dengan tenang 21 tahun..MasyaAllah.. tak pernah sepanjang saya kerja ada kes MI berumur bawah 30 tahun, paling muda pun 31 tahun sewaktu bekerja di HKL.

