Wednesday, June 23, 2010

Lama menyepi...

Salam semua..
Apa khabar? terasa lama tak menulis di blog ni, bukannya apa masih sibuk dengan kerja-kerja akademik dan non-akademik. Cuti sekolah yang lalu sempat jugak bercuti ke sungai petani sempena kenduri kahwin sepupu...rombongan yang ramai termasuk tok ayah & mak pun pergi sekali walau pun dalam keadaan umurnya yang tidak mengizinkan. Masih ingat sewaktu mandi kolam di Cinta sayang resort sungai petani...anakku yang kecil(baihaqi) tiba2 memanggil nama tok ayah dengan jelas dan kuat beberapa kali...nak tunjuk bahawa dia gembira mandi kolam. Tak pernah pulak aku dengar baihaqi memanggil nama tok ayah begitu jelas. Selesai majlis, kami bertolak pulang, cuma aku & keluarga pulang lewat sehari berbanding rombongan lain yang pulang lebih awal termasuk tok ayah. Selepas balik ke kelantan, aku terus pulang ke rumahku...sampai dekat maghrib. Letih teramat sangat...tidur dengan lena sekali...tiba2 aku tersedar jam 3.00 pagi, entah kenapa aku pun x pasti...sambil termenung aku menerima panggilan telefon daripada ibuku menyatakan bahawa tok ayah telah meninggalkan kami semua...terasa sedih dihati. Tok ayah adalah insan yang banyak menasihati dan mendoakan kejayaanku...orangnya berhati mulia...semenjak aku kenalnya dari kecil, dia x pernah tinggal solat tahajjud & selalu bangun malam. InsyaAllah, aku akan kuatkan azam untuk mengikut jejak langkahnya walaupun banyak cabaran & ujian yang perlu ditempuhi. Semoga tok ayah bahagia disana...Al_fatihah.

1 comment:

PG said...

Subhanallah....