Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Monday, May 24, 2010

majlis kesyukuran....


Semalam diadakan jamuan kesyukuran (lunch)di jabatan kecemasan di atas kejayaan final year 2010 menamatkan pengajian sarjana dengan jayanya,(malamnya dinner di 4 season)..terima kasih kepada guru2, staf2,junior2 dan pada sahabat2ku yang sudah bergelar EP's di atas tunjuk ajar sebelum ini. Buat sahabat2ku....Dr Azlan,Dr Hilmi,Dr Amin,Dr Fauzi, Dr Khairul, Dr Lim & Dr Cheah.. Sedarlah...bahawa langkah kita baru bermula...masih ingat sewaktu exam di UM ada sahabat kita menyebut bahawa once kita dah masuk dlm bidang ini...ia merupakan fardu ain bagi kita untuk meneruskannya...Terasa sedih jugak kerana semua sahabatku akan mengikut haluan masing2 dalam mengejar cita2 selepas ini...sesungguhnya pahit jerih , masam manis sewaktu bersama bergelar master merupakan pengalaman yang tak akan dilupakan...mungkin adakalanya kita tidak berpuashati dengan sistem yang ada tapi anggaplah ia sebagai pengalaman yang positif....ingatlah kita berasal dari uterus yang sama (USM), maka sama2lah membantu menaikkan nama usm dipersada antarabangsa terutama dalam bidang emergency medicine..Selamat maju jaya pada semua...semoga bertemu selalu di alam maya..Maaf zahir & batin...

Buat guru2ku...terima kasih di atas tunjuk ajar kalian...saya akan tetap disini dan amat memerlukan tunjuk ajar semua untuk menjadi seorang EP yang tahu akan tujuannya....

Bersyukur padaMu ya Allah...bersyukur sepanjang waktu.....

Saturday, May 22, 2010

Manfaatkan waktu


Dalam hal ini,sufi terkenal, Hassan Al-Basri meriwayatkan "tidak ada satu hari pun yang datang kecuali ada suara yang memanggail" Wahai anak cucu adam,kau adalah makhluk baru yang akan menjadi saksi atas perbuatanmu.Kerana itu,carilah bekal dariku dengan melakukan amal soleh.Ketahuilah bahawa aku tidak akan kembali lagi sehingga hari kiamat"



Waktu bergerak cukup pantas. Ia berlalu meninggalkan kita seperti air terjun dari puncak gunung,baru sebentar berada di puncak, dalam sekelip mata sudah jatuh ke tanah. Kelmarin hari Ahad sekarang sudah hari khamis. Penggantian masa yang pantas itu seharusnya menjadi iktibar dengan merenungkan peringatan Allah swt dalam surah di atas. Kerana waktu yang berlalu bukan untuk nostalgia,melainkan diurus dengan secara lebih efektif agar dapat di manfaatkan demi masa depan kita..










Friday, May 14, 2010

MENUJU JALAN YANG SATU

Saya mulakan blog saya dengan mengajak diri saya dan sahabat semua untuk mengenal matlamat hidup kita...biarlah kita sebagai apa pun atas muka bumi ini ..tetap menjadi hamba kepadaNya...hidup akan terasa tenang di bawah petunjukNya. Kita perlu sentiasa memohon padaNya walau sibuk dengan kehidupan dunia kerana Dialah yang bisa membolak balikkan hati manusia dan menciptakan kita. Sengaja saya memilih tema "life & emergency". Life...saya akan berkongsi dgn sahabat tentang pengalaman kehidupan seharian dan "emergency"...sebagai doktor perubatan kecemasan saya akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman merawat pesakit agar memberi manfaat kepada saya dan students (undergraduate or postgraduate) yang banyak membantu saya mengenali kehidupan ini...