Ya Allah... Syukur padaMU... kerana aku... masih bernafas... masih waras...
masih sihat... masih ada cinta padaMu dan makhlukMu
Ya Allah... Jangan Kau biarkan... Hatiku terus gelisah... terus nestapa... Berilah petunjuk disisiMu Lembutkanlah hatiku... Sebagaimana engkau lembutkan hati Umar RA Agar dapat aku bernafas dibumiMu...
Ya Allah... Janganlah Kau matikan hatiku... Hati orang2 disekelilingku... Semaikan iman... tanamkan sifat sabar & redha... Bukalah pintu2 rahsiaMu... Semoga aku tidak terus disesatkan oleh nafsu sendiri...
Ya Allah... berilah kekuatan padaku... hanya padaMu aku memohon aku berserah dan tempat aku dikembalikan...
Terlalu lama tidak update blog ni.....nak kata sibuk sebagai alasan tidaklah sibuk sangat cuma terasa keberatan untuk menulis..entah mengapa...bermula journey ke Jakarta..every week ada program samada berkaitan keluarga atau akademik..tapi alhamdulillah semua dapat saya jalani dengan baik segala aktiviti dan program...tugas2 sebagai pensyarah mula saya rasai disamping kerja2 klinikal..cuma baru gear 1 -2 je...banyak lagi perlu dipelajari daripada senior.Bulan Oktober hampir ke penghujungnya...kalu ditoleh ke belakang cukup banyak pengajaran yang dapat diambil...bulan November pun sudah menghampiri yang pasti penuh dengan aktiviti yang sudah terancang terutama berkaitan akademik. Bulan Disember nanti jabatan kecemasan akan menganjurkan SEMAC (symposium on emergency medicine & acute care)...sesiapa yang berminat boleh menghadirkan diri....semoga berolah manfaat daripada program yang dianjurkan...mungkin SEMAC ni tajuknya tinggi sikit sebab kita aimkan pada pakar2,master students dan doctors...update terkini pasal knowledge regarding emergency medicine
Genap sebulan tidak menulis di blog ini....sebenarnya banyak event dan ilmu yang hendak dikongsi bersama...tak sempat nak menulis dalam blog. Entahlah nak kata sibuk sangat pun tidak...banyak masa sebenarnya yang boleh dimanfaatkan cuma diri ini masih perlu diperbaiki dari semasa ke semasa...Kita sudah berada dalam 10 hari terakhir Ramadhan yang mana kelebihan dan kemuliaannya sudah diketahui oleh semua orang. Fasa ini merupakan fasa pembebasan api neraka Allah swt...tetapi pernahkah kita terfikir dalam hati sejauh manakah telah kita lakukan amalan sepanjang bulan yang mulia ini... masih ingat lagi sewaktu kecil2 ustaz selalu menyatakan bahawa untuk mendapatkan lailatul qadr itu bermula diawal ramadhan lagi perlu kita berusaha dan banyakkan amalan upaya kita termasuk dalam golongan orang2 yang mendapat rahmatNYA dan beroleh malam qadr yang diimpikan oleh semua orang mu'min...
Sekarang dicorong2 radio sudah berkumandang lagu2 hari raya yang menyemarakkan lagi semangat untuk menyambut Syawal, sehingga kekadang kita lupa akan pengakhiran Ramadhan ini...bulan yang amat2 dinantikan oleh para sahabat mulia sehingga ada dikalangan mereka berkata alangkah indahnya sekiranya ramadhan ini berlaku sepanjang tahun...begitulah kuatnya iman para sahabat r.a...tidak salah kita bersesak di pasaraya untuk membeli baju untuk keluarga sempena syawal nanti cuma janganlah membazir dan banyakkan membantu saudara kita yang kesusahan terutama d kalangan kaum keluarga kita sendiri yang saya rasa pasti ada dikalangan keluarga kita yang berada dalam kesempitan hidup tetapi mereka malu untuk meminta pertolongan daripada kita....mungkin dah kerap sangat berhutang dengan kita atau....tidak mengapa, apa yang penting kita ikhlas dalam pemberian kita...kerana Allah swt...
Marilah sama2 kita doakan agar kita diberi kesempatan untuk menemui Ramadhan yang akan datang....Semuga Allah swt tidak mematikan hati kita diwaktu hati2 orang lain mati...tetapkanlah iman kami padaMu Ya Allah..Tuhan Seluruh Alam
Headache represents up to 4 percent of all emergency department visits(US). Emergency physicians generally are concerned with identifying those patients whose headache are caused by life-threatening conditions. Most patients, however, have benign primary headache syndromes and are concerned with receiving rapid and effective treatment for their headache
Indication for ordering head CT scan non-trauma (Emergency medicine : Shirley Ooi 2004)
acute onset of the "first or worst" headache
increased frequency and increased severity of headache
new onset headache after 50 years old
new onset headache with history of CA or immunocompromised
headache with mental state changes
headache with fever,neck stiffness and meningeal signs
Approach to Patients with headache in the Emergency Department
The 1996 American College of Emergency Physicians' (ACEP's) Clinical Policy for Adults with Headache groups all causes of headache into four broad categories (Table ). Evaluation of the headachepatient has four essential objectives:
ACEP HeadacheCategories
Headache Category
Examples
I.
Critical secondary causes requiring emergent identification and treatment
Subarachnoid hemorrhage, meningitis, brain tumor with raised ICP
II.
Critical secondary causes not necessarily requiring emergent identification or treatment
Minggu ni sedikit memenatkan...kena incharge banyak perkara. Mula2 terdetik dalam hati mampu kah aku handle semua ini...namun memikirkan orang lain lagi sibuk, boleh berjaya dalam kehidupan mereka dunia & akhirat, aku tekadkan azam dan terus bertawakkal kepadaNYa. Bermula dengan kursus advanced first aid course untuk offshore bermula dari hari ahad di hotel renaissance,KB dan berakhir hari ni....bersambung di husm pula utk attachment till saturday. Minggu ni jugak incharge undergraduate final year attachment kat a&e, memang tak sempat jenguk langsung mereka di a&e minggu ni sebab berada di hotel renaissance. Hari ni pulak hadiri 15th National Conference on Medical & Health Science di Grandriver view for oral presentation..alhamdulillah settle. Oncall lagi malamnya...kesian adik2 2nd year medic kena buat PBL malam pulak sbb mlm je free minggu ni...tapi mereka nampak happi je...yang penting murabbi kena berhati2 dalam mengajar kerana pelajar membacanya dengan hati...Namun terima kasih tak terhingga kepada Farid, kak Wani, Yo & Registrar a&e yang banyak membantu....Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami dunia & akhirat...
Airway station....
Disaster drill dengan St John... Khusyuk mendengar ceramah ...
ECG abnormal (non-sinus rhythm, or new changes compared with old ECG)
Shortness of breath
Systolic blood pressure <90
These criteria are easily recalled by using the mnemonic "CHESS".The criteria demonstrated 96% sensitivity (95% confidence interval [CI], 92% to 100%) and 62% specificity (95% CI, 58% to 66%) for serious outcomes at 7 days. It is useful tool to assess patient in ED. Either one criteria present during assesment it reflect the serious outcomes. Age is an important consideration. Some have argued that this study's result should not be applied to those over 65. If age >75 was added sensitivity increases to close to 100% but sensitivity drops to 44%.
Serious Outcomes as Defined by the San Francisco Syncope Rule
Death
Myocardial infarction
Arrhythmia (on monitor and tied to the syncopal event)
Pulmonary embolism
Stroke
Subarachnoid hemorrhage
Significant hemorrhage (tied to syncope and requiring transfusion)
Any condition causing return to the ED and hospitalization for related event
Salam semua.. Apa khabar? terasa lama tak menulis di blog ni, bukannya apa masih sibuk dengan kerja-kerja akademik dan non-akademik. Cuti sekolah yang lalu sempat jugak bercuti ke sungai petani sempena kenduri kahwin sepupu...rombongan yang ramai termasuk tok ayah & mak pun pergi sekali walau pun dalam keadaan umurnya yang tidak mengizinkan. Masih ingat sewaktu mandi kolam di Cinta sayang resort sungai petani...anakku yang kecil(baihaqi) tiba2 memanggil nama tok ayah dengan jelas dan kuat beberapa kali...nak tunjuk bahawa dia gembira mandi kolam. Tak pernah pulak aku dengar baihaqi memanggil nama tok ayah begitu jelas. Selesai majlis, kami bertolak pulang, cuma aku & keluarga pulang lewat sehari berbanding rombongan lain yang pulang lebih awal termasuk tok ayah. Selepas balik ke kelantan, aku terus pulang ke rumahku...sampai dekat maghrib. Letih teramat sangat...tidur dengan lena sekali...tiba2 aku tersedar jam 3.00 pagi, entah kenapa aku pun x pasti...sambil termenung aku menerima panggilan telefon daripada ibuku menyatakan bahawa tok ayah telah meninggalkan kami semua...terasa sedih dihati. Tok ayah adalah insan yang banyak menasihati dan mendoakan kejayaanku...orangnya berhati mulia...semenjak aku kenalnya dari kecil, dia x pernah tinggal solat tahajjud & selalu bangun malam. InsyaAllah, aku akan kuatkan azam untuk mengikut jejak langkahnya walaupun banyak cabaran & ujian yang perlu ditempuhi. Semoga tok ayah bahagia disana...Al_fatihah.
·Persistent drowsiness – unable to be woken up completely
·Confusion or disorientation or slurred speech
·Increased headache (not relieved by standard doses of paracetamol)
·Localized weakness or altered sensation or incoordination
·Blurred or double vision
·Seizure, fits or convulsions
·Neck stiffness
General advice following head injury
The patient should read and understand these instructions
·Rest comfortably at home in the company of a responsible adult for the next 12-24 hours
·Resume normal activity after feeling recovered
·Drink clear fluids and consume a light diet only for the first 6-12 hours (a normal diet may be commenced as desired after that).Avoid alcohol
·Mild pain killers (such as paracetamol) may be taken for headache as directed by the doctor
·Following head injury a small number of patients develop ongoing symptoms, such as recurrent mild headache, concentration difficulties, difficulty with complex tasks, mood disturbances, etc. If you notice such problems, consult your local doctor for appropriate referral
·Avoid exposures to activities that may create risk of further head injury within the next 2 weeks
·If you do not understand these instructions and advice, check with ED staff before your discharge or consult your local doctor
Pada kita derita itu pada gagalnya peperiksaan laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan jauhnya ibu ayah dari dakapan juga habisnya duit dalam bekalan
Pada mereka derita itu Apabila rumah kediaman digesel trak Harta benda serba serbi dirompak maruah keluarga dipijak-pijak anak bini dicincang oleh manusia tak berotak tanah air Islam diinjak-injak
irama kita adalah suara Siti yang merdu atau muzik rock yang bingit melegakan atau suara nasyid yang mendayu-dayu
irama mereka bulddozer yang menghiasi setiap pagi ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi Bom yang tak pernah sunyi berbunyi
sungguh sukar kita berada di tempat mereka kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka
berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya
tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian putusnya cinta atau geramnya pada manusia tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan
Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta Pada kekayaan melimpa ruah pada umur yang panjang agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan
Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi… pada syahid tanpa henti pada perjumpaan teragung dengan Ilahi tercinta…
Alhamdulillah hari ini, jabatan kecemasan HUSM berjaya mengadakan bengkel CPR & OSCC (one stop crisis centre) kepada anak2 yatim di Rumah Harapan Taman Sabariah Pengkalan Chepa yang seramai 200 orang. Teringat pesan Rasulullah SAW ..".sesiapa yang menyakiti anak2 yatim bermakna mereka juga menyakitiku"..maka berhati2lah dalam pergaulan dengan anak2 yatim, jangan kita melampaui batas...pertama kali usm menganjurkan kursus CPR kepada anak2 yatim...mungkin jugak di Malaysia...seronok mereka terutama mengikuti video OSCC & bengkel CPR...terima kasih kepada semua staff kecemasan terutama orang kuat Dr Shaik Farid & Sister Zi...begitu jugak semua Pakar yang hadir, master students, staff2 & undergrad students yang sedang buat elektif...mudahan usaha kita ini diterima Allah swt sebagai amal soleh. InsyaAllah....semoga berjumpa lagi tahun hadapan...
Prof Nik H menerima cenderahati daripada wakil YAATIM
bergambar bersama Dr Ramdan orang kuat A&E semasa program..dapat adik angkat ke....
Semalam diadakan jamuan kesyukuran (lunch)di jabatan kecemasan di atas kejayaan final year 2010 menamatkan pengajian sarjana dengan jayanya,(malamnya dinner di 4 season)..terima kasih kepada guru2, staf2,junior2 dan pada sahabat2ku yang sudah bergelar EP's di atas tunjuk ajar sebelum ini. Buat sahabat2ku....Dr Azlan,Dr Hilmi,Dr Amin,Dr Fauzi, Dr Khairul, Dr Lim & Dr Cheah.. Sedarlah...bahawa langkah kita baru bermula...masih ingat sewaktu exam di UM ada sahabat kita menyebut bahawa once kita dah masuk dlm bidang ini...ia merupakan fardu ain bagi kita untuk meneruskannya...Terasa sedih jugak kerana semua sahabatku akan mengikut haluan masing2 dalam mengejar cita2 selepas ini...sesungguhnya pahit jerih , masam manis sewaktu bersama bergelar master merupakan pengalaman yang tak akan dilupakan...mungkin adakalanya kita tidak berpuashati dengan sistem yang ada tapi anggaplah ia sebagai pengalaman yang positif....ingatlah kita berasal dari uterus yang sama (USM), maka sama2lah membantu menaikkan nama usm dipersada antarabangsa terutama dalam bidang emergency medicine..Selamat maju jaya pada semua...semoga bertemu selalu di alam maya..Maaf zahir & batin...
Buat guru2ku...terima kasih di atas tunjuk ajar kalian...saya akan tetap disini dan amat memerlukan tunjuk ajar semua untuk menjadi seorang EP yang tahu akan tujuannya....
Bersyukur padaMu ya Allah...bersyukur sepanjang waktu.....
Dalam hal ini,sufi terkenal, Hassan Al-Basri meriwayatkan "tidak ada satu hari pun yang datang kecuali ada suara yang memanggail" Wahai anak cucu adam,kau adalah makhluk baru yang akan menjadi saksi atas perbuatanmu.Kerana itu,carilah bekal dariku dengan melakukan amal soleh.Ketahuilah bahawa aku tidak akan kembali lagi sehingga hari kiamat"
Waktu bergerak cukup pantas. Ia berlalu meninggalkan kita seperti air terjun dari puncak gunung,baru sebentar berada di puncak, dalam sekelip mata sudah jatuh ke tanah. Kelmarin hari Ahad sekarang sudah hari khamis. Penggantian masa yang pantas itu seharusnya menjadi iktibar dengan merenungkan peringatan Allah swt dalam surah di atas. Kerana waktu yang berlalu bukan untuk nostalgia,melainkan diurus dengan secara lebih efektif agar dapat di manfaatkan demi masa depan kita..
Terasa lama tak menulis dlm blog...sibuk sikit sehari dua ni. Hari ini ada kelas dengan MMed mengenai ventilator use in ED. Pening kepala juga dibuatnya..maklumlah bukannya expert sangat dalam hal ventilator. I think in emergency setting we have to know the basic setting in ventilator. Few things we have to know before use the ventilator based on mnemonic MOVEPAIRED :