Dalam hal ini,sufi terkenal, Hassan Al-Basri meriwayatkan "tidak ada satu hari pun yang datang kecuali ada suara yang memanggail" Wahai anak cucu adam,kau adalah makhluk baru yang akan menjadi saksi atas perbuatanmu.Kerana itu,carilah bekal dariku dengan melakukan amal soleh.Ketahuilah bahawa aku tidak akan kembali lagi sehingga hari kiamat"
Waktu bergerak cukup pantas. Ia berlalu meninggalkan kita seperti air terjun dari puncak gunung,baru sebentar berada di puncak, dalam sekelip mata sudah jatuh ke tanah. Kelmarin hari Ahad sekarang sudah hari khamis. Penggantian masa yang pantas itu seharusnya menjadi iktibar dengan merenungkan peringatan Allah swt dalam surah di atas. Kerana waktu yang berlalu bukan untuk nostalgia,melainkan diurus dengan secara lebih efektif agar dapat di manfaatkan demi masa depan kita..
No comments:
Post a Comment